digunakan di seluruh dunia selama 
lebih 90 tahun

CERITA KAMI,

SEJARAH JENAMA CAP KAPAK

Cap Kapak adalah jenama yang dipercayai di seluruh dunia sebagai lambang kepada kesihatan dan kekuatan di seluruh dunia. Kejayaan ini adalah hasil gabungan antara kejayaan pengasas dalam perniagaan serta formulasi produk yang diterima secara meluas selama bertahun-tahun. Selama lebih 90 tahun, jenama Cap Kapak telah membina rangkaian pengguna yang setia di seluruh dunia. Mereka secara tidak langsung telah menjadi duta jenama dengan berkongsi pengalaman kepada keluarga dan rakan-rakan. Dengan cara ini, jenama Cap Kapak dapat memenangi hati dan fikiran berjuta-juta penggunanya di seluruh dunia. Ia juga telah diiktiraf di dalam industri dan di kalangan keluarga sebagai ubat yang boleh dipercayai.

1928

Pengasas Leung Yun Chee telah berhijrah dari China ke Singapura untuk mencuba nasib. Disana, beliau telah bertemu dengan seorang doktor Jerman yang dikenali sebagai Dr. Schmeidler yang telah memberinya satu resipi untuk menghasilkan sejenis minyak berubat yang dipercayai dapat menyembuhkan segala penyakit. Leung Yun Chee sangat kagum dengan aplikasi yang luas akan minyak tersebut dan dalam pada masa yang sama, atas semangat keusahawanan yang melanda Singapura ketika itu, telah mengilhamkan beliau untuk menjual dan memasarkan penemuan terbaru itu sebagai penawar segala penyakit. Sejak itu, Minyak Angin Cap Kapak dilahirkan.

1930an

Keberkesanan minyak berubat tidak segera disedari oleh semua orang dan sementara itu, Leung Yun Chee berdepan dengan saingan sengit daripada jenama-jenama yang bersaing di China dan Hong Kong. Tidak rasa tercabar dan sentiasa bercita-cita tinggi, Leung Yun Chee telah menetapkan tentang pemasaran produk barunya. Dengan menggunakan kapak sebagai logo, beliau telah melantik satu pasukan ilustrator dan pereka grafik untuk membantu beliau mencipta satu imej identiti yang kini telah menjadi ikonik. Ini adalah satu perintis perubahan dalam bidang pemasaran, yang menjadikan Minyak Angin Cap Kapak lebih baik berbanding jenama yang lain. Kemudian, Leung Yun Chee mula menghasilkan risalah bagi memperinci kelebihan produk dimana beliau telah mengedarkannya di seluruh Singapura. Akhirnya, jualan produk mula meningkat.

1937-1945

Ketika perang tercetus di seluruh dunia, banyak perniaga mendapati diri mereka sukar untuk terus bertahan. Walau bagaimanapun, bagi Leung Yun Chee, ia merupakan suatu peluang yang terbaik untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Semasa perang tentera Jepun menakluki Singapura, ia telah mengakibatkan perdagangan terhenti seterusnya menjadikan persaingan sengit di antara Leung Yun Chee dengan peniaga dari luar negara tidak lagi menjadi halangan. Hasilnya, Minyak Angin Cap Kapak menjadi jenama yang semakin berkembang dan telah mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama utama dalam minyak berubat.

1950-1970

Syarikat terus berkembang sehingga mencapai pasaran ke luar Asia. Pasaran luar pertama yang sangat penting adalah Arab Saudi dimana Minyak Angin Cap Kapak telah digunakan oleh jemaah haji. Disebabkan perjalanan yang sukar melalui jalan laut, keadaan sempit dan tidak selesa, ia telah mengakibatkan jemaah haji mengalami sakit kepala, pening dan terkena gigitan serangga. Mereka telah bergantung kepada sifat-sifat semula jadi pada Minyak Angin Cap Kapak untuk merawat penyakit mereka. Seterusnya, jualan mula meningkat di negara masing-masing.

1970an

Pada tahun 1971, pengasas Leung Yun Chee telah meninggal dunia dan telah meninggalkan anaknya, Leong Heng Keng untuk mengambil alih perniagaan yang semakin berkembang. Leong Heng Keng telah bekerja dengan bapanya selama lebih dua puluh tahun, dan kemudian telah disertai oleh adiknya, Leong Mun Sum yang menyertai semula syarikat itu sebagai Pengarah Urusan pada tahun 1986.

Sekarang

Dengan mempunyai lima kilang bertaraf GMP dan berteknologi tinggi, Cap Kapak berbangga menjadi salah satu jenama utama minyak berubat di Asia dan ia juga dikenali sebagai jenama warisan di Singapura. Ia masih lagi mengekalkan semangat pengasasnya Leung Yun Chee yang memulakan syarikat yang lebih 80 tahun yang lalu.

Lihat kemudahan pengilangan kami
Ketahui lebih lanjut mengenai produk kami